Tuesday, 24 February 2015

How I Met My Husband?

Assalamualaikum...

Apa khabar semua? Harap-harap semuanya sihat sentiasa, in shaa Allah...
Pepagi ni datang office happy jer sebab excited lah, lagi 10 hari lagi nak kahwin. Rasa macam tak percaya je sbbnya benda ni tak pernah terlintas dalam pemikiran aku nak kahwin waktu umur muda ni.

Baiklah.. Aku dengan Encik D ni berjumpa di Facebook. Dia sebenarnya takda pun account FB. Tapi. dolu-dolu, dia pernah bagi tau kat aku yang dia kalau nak online FB ke, dia akan guna account adik dia. So, pada 15 September 2013, dia tegur aku kat message FB. Pada masa tu, aku macam speechless+terkejut+marah+benci semua nya ade, hahaha, Sebabnya, kami ni pernah berkawan lah dulu waktu aku Tingkatan 4 di SMKTM. Kami kawan-kawan lah (cinta monyet gitu). Pastu, zaman tu masing-masing tak matang. Putus di tengah jalan dengan cara pun tak berapa baik. Oleh kerana itu, aku memang dah mencikk dengan dia haha. Tapi, takde lah sampai berdendam, cumanya kalau disebut2 nama dia tu, memang menyampah semua ada. Sebab apa korang tahu tak dia lah lelaki pertama yang aku memang pernah suka dalam hidup aku tu. Pandai dia mengayat dulu. Bila teringat balik, memang kelakar. hahahah.

Ok, ok. Berbalik semula dekat Message FB tu, dia pun mesej... Dia memang direct je, mmg respect gila lah. Haha.


Encik D  : "Assalamualaikum W** N*******
           Can I have your number please?"

Nara : "Waalaikumsalam

            0xxxxxxxxx"

Encik D  : "So easy"
Nara : "Ni Encik D ke?"
Encik D  : "U know me?"
Nara : "I know."
Encik D  : "Alhamdulillah
            Ok"
Nara : "Becuz u told me dlu"
Encik D  : "I message u skang nombor I"
            Ni facebook adik I"
Nara : "Ya i tau..
            Okay."
Last seen Sep 15, 2013 at 3:58pm


Paap! Bagaikan ada air panas simbah kat muka den time tu korang tau tak! Bayangkan, kami lost contact selama 6 tahun. Tiba-tiba dia datang semula dalam hidup aku, Hebat perancangan Allah.
Aku macam bercampur aduk perasaan. Tak tau nak kata apa dah time tu. Just tunggu dia mesej sebab aku macam nak tau apa muslihat dia lagi nak contact dengan aku ni,
Nak jemput datang majlis kahwin dia ke apa. Macam-macam aku pikir time tu.

Lepas pada tu, berbunyiklah Viber aku. Time tu tak tau ape pasal bila mesej je, dia akan masuk kat Viber. Aku pun tgk lah dia mesej.. Dia tanya lah life apa sume.. Pungpangpungpang, kami telah bertunang pada 31 Mei 2014... dan 6 Mac 2015 kami bakal melangsungkan perkahwinan kami. hikhik. Dari perasaan benci tak suke menyampah tu akhirnya dapat dibuang dan aku terima dia sebagai jodoh aku. Insha Allah. Hanya Allah saja yang tau macam mana perasaan aku ni. Kami berjumpa pun tidak kerap. Hanya berjumpa jika ada hal atau urusan penting. Selalunya jumpa selalunya jumpa sebab nak bincang pasal hal kahwin lah. Alhamdulillah. Kena jaga tu semua kan. Aku simpan je perasaan tu, aku pikir lepas kahwin nanti lah baru bercinta kan. Pasti indah kan? Aku percaya ini jodoh dari Allah, Allah yang tentukan. Aku x merancang apa-apa pun untuk berkahwin. Alhamdulillah. syukur Ya Allah. :)


p/s: Ade surprise nanti on 6 Mac 2015. Nanti aku update update lagi ek. ;)

Monday, 23 February 2015

11 Hari Lagi

Hi !
Apa khabar semua? Seronok sangat dapat juga kembali kepada hobi lama aku iaitu, blogging. Setelah 5 tahun berhenti menjadi blogger, disebabkan faktor2 yang tak dapat dielakkan...
Anyway.....
Aku harap semuanya sihat sihat belaka okayyy!! Aku nak cite ni, yang I will getting married in another 11 days! Walaubagaimanapun, sedikit sebanyak persiapan kawen ada lah berjalan juga,
Bebudak opis aku tahun 2014 & 2015 berduyun2 kawen, termasuklah orang yang dok menaip ni. HEHEHE.
So cite dia, aku dah dalam proses persiapan yang boleh dikatakan 60% nak siap lah jugak, Cuma, goodies semua tak buat lagi lahh. Heeee

Sebenarnya, aku masih lagi tak boleh terima hakikat yang aku bakal mengahwini seorang lelaki yang bernama Encik D, HEHEH. Apa apa pun aku bersyukur lah dikurniakan rezeki jodoh ni, Nara akan update lagi cite pasal How I Met My Husband ? , dalam entri yang seterusnya. Nara nak sesiap balik ghumah. Tata!

p/s: Sorry cite macam pendek2 je kan.. janji, esok kite update pasal preparation and story mory kite tuu. XOXO